Anwar tidak peduli `Langkah Dubai', fokus kebajikan rakyat - Utusan Malaysia

Anwar tidak peduli `Langkah Dubai’, fokus kebajikan rakyat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri tidak peduli mengenai rancangan sulit terbaharu ‘Langkah Dubai’ untuk menggulingkan kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rancangan dianggotai segelintir pihak itu tidak memberi kesan kepada gerak kerja kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Saya ada terbaca mengenai Langkah Dubai di media sosial tetapi bagi saya, kita tumpu soal kerja.

“(Langkah Dubai) itu kerja mereka (namun) bagi saya (ia) tidak memberi kesan (kepada kedudukan Kerajaan Perpaduan),” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini, hari ini.

Menurut beliau, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah membangunkan negara dan menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Anwar berkata, beliau ada terbaca dalam media sosial mengenai gerakan (Langkah Dubai) itu.

“Saya ada baca dalam media sosial mengenai langkah Dubai. Kita tumpu soal kerja, itu kerja mereka. Bagi saya ia tak mengesankan (tidak memberi kesan).

“Apa yang penting kita dah mula (jaga kebajikan rakyat). 2 Januari (hari ini) kita dah mula lancarkan satu program (PADU) penting bagi rakyat. Tumpuan kita bangunkan negara, jaga rakyat,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya