Anwar, Hsien Loong sempurnakan sambungan RTS Link

Anwar, Hsien Loong sempurnakan sambungan RTS Link

rts
ANWAR Ibrahim (kiri) dan Lee Hsien Loong menandatangani plak pada Majlis Penyempurnaan Span Menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bagi Projek RTS Link di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong menyempurnakan secara simbolik Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) ‘disambungkan’ antara Malaysia dan Singapura

Kedua-dua pemimpin tersebut menandatangani plak sebagai gimik perasmian.

Detik bersejarah itu berlangsung di sempadan antarabangsa kedua-dua negara, iaitu di titik pertemuan laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail; Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Projek RTS Link merupakan sistem tren ulang-alik sepanjang empat kilometer (km) dengan dua stesen, masing-masing di Bukit Chagar, di sini dan di Woodlands, Singapura.

Setakat 31 Disember lalu, projek itu berjalan mengikut jadual dan telah mencapai tahap kemajuan 65 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2026, sebelum beroperasi pada awal tahun berikutnya.

Kemudahan itu mampu menampung kapasiti sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dengan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen.

Projek RTS Link dijangka mampu meningkatkan hubungan erat kedua-dua negara, khususnya dalam aspek ekosistem ekonominya yang saling melengkapi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya