TOKYO: Ancaman dan amaran tsunami daripada gempa bumi pada skala 7.5 magnitud yang melanda tengah Jepun hari ini, sebahagian besarnya tamat.
Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii, hal ini berikutan ombak setinggi lebih satu meter sudah melanda beberapa kawasan di negara berkenaan.
“Ancaman tsunami kini sebahagian besarnya telah berlalu,” kata agensi Amerika Syarikat tersebut. -AFP