PETALING JAYA: Kira-kira 420,000 kanak-kanak di Gaza dijangkiti bakteria salmonella yang menyebabkan mereka mengalami cirit-birit dan muntah yang serius disebabkan ketiadaan bekalan air bersih dan ubat-ubatan di wilayah tersebut. Lebih menyedihkan, ratusan kanak-kanak yang dijangkiti wabak itu meninggal dunia kerana tidak mendapatkan rawatan sewajarnya berikutan hampir keseluruhan sistem kesihatan di Gaza lumpuh akibat serangan rejim Zionis. TERCEMAR Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Eksekutif Strategik Perhubungan Awam Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhd. Haikal Luqman Zulkefli berkata, punca utama bakteria tersebut merebak adalah mereka terpaksa makan dan minum air takungan yang tercemar. Menurutnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya