Alhamdulillah, Hamdan beri respons positif - Isteri - Utusan Malaysia

Alhamdulillah, Hamdan beri respons positif – Isteri

hamdan senario
HAMDAN RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelawak dan anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 55, yang ditidurkan akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini menunjukkan perkembangan positif.

Isterinya, Norhamalini Ahmed, 54, memberitahu, suaminya berupaya menggerakkan mata dan bibir ketika dia melawatnya, petang semalam.

“Semalam pukul 4.30 petang akak (kakak) pergi lawat dia, akak bisik, zikir tepi telinga dia, ada respons. Dia cuba nak buka mata, dia cuba gerak bibir mungkin dia nak cakap apa-apa, kita tak tahu tapi ada respons, alhamdulillah.

“Kemudian doktor kata dos ubat tidur untuk dia telah dikurangkan. Jadi, kalau keadaan semakin baik, mungkin tak perlu tambah dos, kalau tak baharu tambah dos,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Norhamalini yang mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan Hamdan berterima kasih kepada orang ramai, khususnya peminat kumpulan Senario kerana mendoakan kesembuhan suaminya.

Kelmarin, Hamdan ditidurkan kerana mengalami komplikasi buah pinggang selepas mengalami demam dan cirit-birit sehingga menyebabkan badannya lemah.

Dia berkunjung ke Johor Bahru pada Sabtu lalu untuk menjayakan program berhibur sambil beramal ‘Wonderful Night with Senariounion’ pada malam tahun baharu.

Turut menjayakan program itu ialah anggota kumpulan Senario yang lain, iaitu Azlee, Wahid, Ilya, Saiful Apek dan Yasin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya