Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah kembali ke Pahang, disambut meriah lebih 10,000 rakyat - Utusan Malaysia

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah kembali ke Pahang, disambut meriah lebih 10,000 rakyat

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba ke Pangkalan TUDM Kuantan di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pukul 11.58 pagi ini bagi menyempurnakan Istiadat Keberangkatan Balik baginda berdua.

Ketibaan baginda menaiki pesawat khas diiringi dua pesawat udara TUDM, F/A-18 D Hornet.

Ketibaan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disambut Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, anakanda dan kerabat diraja Pahang.

Keberangkatan balik baginda turut disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kira-kira 10,000 rakyat yang berhimpun di pangkalan udara tersebut.

Baginda berdua kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) diketuai Mejar Mohamad Erid Abdul Raman diiringi lagu Negaraku oleh Pancaragam TUDM diketuai Leftenan Kolonel Mohamad Rizal Mohamad Noor.

Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong turut dipecahkan diikuti tembakan kehormatan 21 das meriam daripada Rejimen ke-7 Artileri Diraja Kem Batu Tiga, Temerloh.

Al-Sultan Abdullah kemudian memeriksa barisan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai TUDM serta seorang pegawai dan 60 anggota pancaragan TUDM.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman disusuli persembahan ‘Hormat Diraja’ kali kedua serta lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang.

Baginda berdua kemudian berkenan bersalaman perpisahan dengan tetamu kehormat dan rakyat sebelum meneruskan perjalanan ke Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya