Akta Anti Lompat: Kerja kami hanya mahu tutup lompongkah? - Azalina - Utusan Malaysia

Akta Anti Lompat: Kerja kami hanya mahu tutup lompongkah? – Azalina

AZALINA Othman Said (tiga kiri) bersama Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick (dua kiri) semasa pelancaran Klinik Guaman Bergerak di Penampang hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melihat tidak ada keperluan untuk meminda Akta Anti Lompat Parti pada masa ini.

Beliau berkata, tanggungjawab kerajaan Persekutuan pada masa ini adalah untuk memastikan undang-undang yang ada sekarang dilaksanakan.

Katanya, Akta Anti Lompat Parti itu digubal semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah.

“Sekarang mereka (PN) pembangkang, mereka cakap ada kelompongan. Semasa mereka buat undang-undang itu takkan mereka tidak menilai kelompongan. Kenapa mahu tolak kepada kerajaan ini, kerja kami mahu tutup lompongkah apa? tidak.

“Kerja kami sekarang adalah untuk memastikan undang-undang yang kita ada sekarang (dilaksanakan).

“Kita kena pastikan dalam Akta Anti Lompat Parti, kerusi itu adalah milik parti dan rakyat, kerusi itu bukan milik individu atau ahli Parlimen,” katanya selepas melancarkan Program Mahkamah Bergerak di Kampung Madsiang, hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, tindakan memberi sokongan tidak sama dengan beralih kerusi. Undang-undang yang digubal adalah mengenai lompat parti.

“Kamu tahu lompat…katak, itu sebab kita panggil mereka katak. Kamu sepatutnya tanya mereka (PN).

“Apabila bercakap pasal undang-undang Anti Lompat, kita bercakap mengenai kuasa. Rakyat sudah letih pasal perebutan kuasa dan mereka mahu kestabilan.

“Jadi, itu sebabnya kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi sebab itu, kerajaan fokus kepada konsep Madani,” katanya.

Menurut beliau, apa yang penting bagi kerajaan sekarang adalah melaksanakan undang-undang berkenaan. Ketika ini, keutamaan harus diberi kepada rakyat seperti menyediakan perkhidmatan klinik guaman bergerak dan mahkamah bergerak.

Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan menggesa supaya Akta Anti Lompat Parti dikaji semula berikutan terdapat kelemahan susulan tindakan ahli Parlimen parti itu yang menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri, namun kekal bersama Bersatu.

Setakat ini, enam ahli Parlimen Bersatu telah mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang, Zahari Kechik (Jeli), Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya