AKSB guna hasil pelarasan tarif selesai isu paip bocor, tingkat kualiti air

AKSB guna hasil pelarasan tarif selesai isu paip bocor, tingkat kualiti air

IZANI Ismail (kanan) menyampaikan cenderamata kepada wakil media pada Majlis Apresiasi Media- AKSB di Kota Bharu, Kelantan.UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) akan menggunakan hasil yang diperoleh melalui pelarasan tarif air baharu bermula 1 Februari ini untuk menyelesaikan masalah paip bocor dan meningkatkan kualiti bahan mentah itu kepada pengguna.

Pemangku Pengurus Besar Izani Ismail berkata, kedua-dua usaha itu merupakan langkah awal yang diambil dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

“Untuk makluman di Kelantan kita berdepan dengan masalah kebocoran paip yang agak banyak. Jadi dengan adanya…pendapatan tambahan ini, kita dapat mempercepatkan lagi kerja-kerja tersebut (membaiki paip bocor).

“Pada masa, AKSB turut boleh menggunakan pendapatan tersebut untuk menaik taraf loji-loji rawatan air yang sedia ada di negeri ini. Bila kerja-kerja naik taraf ini dilaksanakan, maka kualiti air yang akan dibekalkan kepada pengguna akan menjadi lebih baik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Media-AKSB 2023 di sini malam tadi.

Izani memberitahu, bagi merealisasikan hasrat itu AKSB kini dalam proses melantik kontraktor luar yang mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah kebocoran paip dalam masa singkat.

Katanya, kerja-kerja pembaikian paip yang lebih cepat juga dapat mengurangkan kadar kehilangan air tak terhasil (NRW) lebih 50 peratus sebelum ini.

“Isu paip bocor dan naik taraf loji antara dua perkara yang diberikan keutamaan oleh pihak kami.

“Bagi AKSB, kualiti air bermula di loji. Jadi kita akan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf loji kerana disitulah bermulanya kualiti air,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Kerajaan negeri Kelantan optimis pelarasan tarif baharu mampu meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu itu juga dapat memberi keselesaan kepada pengguna selepas ini.

Berkuat kuasa 1 Februari ini, tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu iaitu purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

Pelarasan itu dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya