Ahli Parlimen Bersatu mahu Larut terajui parti - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Bersatu mahu Larut terajui parti

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada sidang akhbar mengenai beberapa lagi ahli parlimen Bersatu akan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kg Kuala Sungai Baru, Puchong, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendedahkan bahawa Bersatu kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ‘Kem Presiden’ dan ‘Kem

Setiausaha Agung’ selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan ‘u’ ketika mengumumkan akan mempertahankan jawatannya.

Beliau mendakwa, kesemua 31 Ahli Parlimen Bersatu sebenarnya menyokong Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut untuk memimpin parti tersebut.

Bagaimanapun, katanya, ia mengundang kecewa di kalangan Ahli Parlimen tersebut apabila Muhyiddin membuat pusingan ‘u’ untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti pada pemilihan akan datang.

“Secara keseluruhannya kami melihat Larut mempunyai potensi sangat besar untuk memimpin Bersatu. Pada masa sama, Larut juga dilihat ada kesediaan dan kebolehan tersebut.

“Saya tidak mahu mengesahkan (adanya kem dalam Bersatu, tetapi memang ada,” katanya pada sidang media khas di kediamannya di sini, hari ini.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, tindakan Muhyiddin membuat pusingan ‘u’ dalam keputusan mempertahankan jawatannya juga menjadikan Bersatu tiada hala tuju jelas untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

“Kami sebagai ahli Bersatu sebahagian besarnya mahu melihat kepimpinan parti diberi nafas baharu namun Presiden ‘u-turn’, ini keputusan sangat besar kerana berkaitan hala tuju parti.

“Beliau mahu bawa Ahli Parlimen untuk membina masa depan negara tetapi boleh buat ‘u-turn’ dengan mudah atas permintaan isteri.

“Saya tidak salahkan isteri beliau, tetapi keputusan sebagai pemimpin parti dengan berdepan pelbagai cabaran maka ia sangat penting,” katanya.

Pada November tahun lalu, Muhyiddin membuat pusingan ‘u’ apabila memaklumkan beliau akan bertanding jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan parti akan datang sedangkan pada hari sebelumnya belum mengumumkan untuk tidak berbuat demikian.

Menjelaskan keputusan itu, katanya, ia selepas berbincang dengan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang mahu beliau untuk terus mencurahkan khidmat kepada negara.

“Sebenarnya, kuasa yang paling besar yang saya nak sebutkan di sini bukan Perhimpunan Agung Tahunan. Kuasa besar (keputusan dibuat) tidak lain adalah isteri saya,” katanya.

Tegas Syed Abu Hussin Hafiz, tindakan Muhyiddin tersebut menyebabkan kepimpinan Bersatu melemahkan moral mereka kerana menunjukkan bahawa parti tersebut tidak mempunyai hala tuju jelas.

“Oleh kerana hala tuju parti tak berap jelas, peluang untuk kepimpinan mengatur strategi baharu menghadapi PRU-16 akan datang juga menjadi gelap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya