Agong tinjau jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat

Agong tinjau jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat

agong
AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup bermula 6 Januari hingga 28 Januari berikutan kejadian jalan mendap di Seksyen 102, berhampiran kawasan Burung Unta di Pekan, Pahang. - UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan Jalan Kuantan-Segamat, Lebuh Raya Tun Razak yang ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga 28 Januari ini ekoran kejadian jalan mendap di Seksyen 102, berhampiran kawasan Burung Unta di sini.

Keberangkatan Seri Paduka diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baginda meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau dan mendengar taklimat yang dipersembahkan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Hafizah Zakaria.

Hafizah ketika ditemui pemberita, berkata, JKR negeri mengambil tindakan segera menyediakan laluan sementara dengan membina jambatan Bailey yang dijangka siap dalam tempoh tujuh hari.

Beliau berkata, ia merupakan jambatan dua hala sepanjang 30 meter dengan kelebaran sembilan meter.

“Jambatan Bailey ini sampai ke tapak (pembinaan) pada hari ini yang mana kerja-kerja pembinaan sudah pun bermula hari ini. Insya-Allah, ia akan disiapkan dalam masa tujuh hari bergantung keadaan cuaca.

“Jika cuaca hujan yang sangat teruk, lebat atau berlaku banjir dan sebagainya kerja-kerja pembinaan akan tertangguh seketika dan jika tidak berlaku apa-apa rintangan insya-Allah kita menjangkakan jalan sementara menggunakan jambatan Bailey ini boleh disiapkan sepenuhnya dalam tempoh tujuh hari.

“Memandangkan ia jambatan dua hala, jadi gangguan lalu lintas tidak akan terganggu sangat. Ingin saya ingatkan had muatan untuk jambatan Bailey ini adalah untuk kenderaan tidak melebihi 20 tan sahaja,” katanya.

Mengulas punca utama mendapan di jalan tersebut, beliau berkata, ia disebabkan aliran air sungai Temiang yang berada di laluan terbabit.

“Punca utama adalah air. Hujan yang sangat tinggi menyebabkan sungai menyimpan air terlalu banyak dan menyebabkan kerosakan kepada jalan.

“Keadaan ini sentiasa berlaku apabila tiba musim Monsun Timur Laut (MTL) sebab kadar air tinggi dan aliran air sangat laju menghakis jalan sekali gus menyebabkan berlakunya mendapan melibatkan keseluruhan rentangan jalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya