Agong, Permaisuri mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih

Agong, Permaisuri mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat tiba ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih di Kem Perdana, Sungai Besi di sini, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat tiba ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih di Kem Perdana, Sungai Besi di sini, pagi ini.

Istiadat perbarisan diadakan bersempena tamatnya pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini sebelum digantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019 selepas menggantikan Sultan Muhammad V, iaitu Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Kali terakhir istiadat sama diadakan adalah pada 2016 ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Istiadat penuh tradisi ketenteraan ini dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai suatu penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM.

Istiadat melibatkan 40 pegawai dan 888 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga ketumbukan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanise).

Perbarisan turut menyaksikan terbang lintas hormat lima helikopter ATM yang membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya