80 kawasan di Johor perlukan garisan bercahaya waktu malam

80 kawasan di Johor perlukan garisan bercahaya waktu malam

ONN HAFIZ GHAZI (tiga dari kiri) mendengar taklimat berkaitan pemasangan garisan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) yang dipasang di Jalan Simpang Renggam - Renggam ketika melakukan lawatan kerja malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebanyak 80 kawasan jalan di negeri ini memerlukan pemasangan garisan bercahaya ketika waktu gelap atau glow in the dark sebagai memastikan keselamatan pengguna khususnya ketika waktu malam.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sehingga kini 31 lokasi di seluruh Johor telah dipilih untuk dipasang pencahayaan pada garisan yang menggunakan teknologi dari Perancis itu.

Katanya, pemasangan garisan bercahaya dalam gelap ini adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika melalui jalan yang tidak mempunya lampu jalan serta gelap.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengkaji keberkesanan teknologi ini untuk digunakan di negeri Johor dan apabila selesai nanti ia akan diperluaskan ke kawasan lain.

“Saya difahamkan sebanyak 80 kawasan jalan memerlukan pencahayaan jalan di negeri ini yang tidak dapat dipasang lampu jalan akan dipasang pencahayaan melalui teknologi ini,” katanya kepada media malam tadi.

Onn Hafiz berkata demikian selepas membuat lawatan kerja untuk meninjau pemasangan garisan bercahaya dalam gelap (Glow in the dark) di Jalan Simpang Renggam – Renggam malam tadi.

Menurut beliau, daripada apa yang dapat dilihat hasil pemasangan garisan bercahaya ini, ia diyakini akan memberikan manfaat kepada rakyat Johor amnya dan Simpang Renggam khasnya.

Ujarnya, kerajaan negeri turut memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta untuk kerja-kerja pemasangan teknologi ini di 30 lokasi yang diberikan keutamaan selepas sahaja projek percubaan di Simpang Renggam ini selesai.

“Sebagai contoh, jalan dari Kahang ke Mersing yang sebahagiannya sangat gelap dan perlu dipasang pencahayaan melalui teknologi ini untuk keselamatan rakyat.

“Pencahayaan menggunakan lampu solar atau lampu lalu lintas (amber light) juga diperuntukan untuk dipasang di selekoh-selekoh dikenal pasti membahayakan pengguna jalan ketika waktu malam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya