7 mesin pengimbas bagasi  AI diletakkan di KLIA, KLIA2 - Utusan Malaysia

7 mesin pengimbas bagasi  AI diletakkan di KLIA, KLIA2

Tujuh mesin pengimbas bagasi diletakkan di KLIA dan KLIA2.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tujuh unit mesin pengimbas bagasi ‘Dual View Dual Energy System’  ditempatkan Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah, Unit lll, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL).

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, penempatan mesin pengimbas itu adalah tindakan segera JKDM untuk melaksanakan proses penggantian mesin lama kepada mesin baharu berteknologi terkini yang dilengkapi Artificial Intelligence (AI). 

Menurut beliau, teknologi ini lebih bersesuaian untuk meningkat tahap imbasan barangan dagangan yang dibawa oleh penumpang (outbound) bagi menangani isu penyeludupan barang terlarang termasuk narkotik.

“Daripada jumlah itu, lima unit di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diikuti KLIA2 (dua unit) menjadi  langkah memperkasakan tahap keselamatan kawalan pintu masuk atau keluar sempadan negara. 

“Selain itu, latihan kemahiran berkaitan pengecaman dan penganalisis imej melalui pengalaman dan pengetahuan (Human Intelligence – HI) akan disediakan kepada pegawai JKDM yang mengendalikan mesin-mesin pengimbas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

GANDINGAN

Mengulas lanjut, kata beliau, JKDM percaya gandingan antara AI dan HI akan memberi impak yang sangat tinggi terhadap penguatkuasaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan meningkatkan pungutan hasil negara.

Kata beliau, orang awam diseru untuk memberikan kerjasama kepada JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan juga lain-lain barangan seperti rokok, minuman keras dan mercun

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” jelasnya.

Pada 2 Julai 2023 yang lalu, Perdana Menteri, Seri Anwar Ibrahim telah membuat lawatan bagi meninjau tahap pengoperasian mesin pengimbas bagasi JKDM di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Beliau mendapati beberapa unit mesin pengimbas bagasi tidak berfungsi sepenuhnya atas faktor tahap teknologi serta isu-isu pembaikan dan penyelenggaraan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya