Seramai 57 mangsa banjir pertama dipindahkan di Kluang - Utusan Malaysia

Seramai 57 mangsa banjir pertama dipindahkan di Kluang

R. VIDYANANTHAN (kiri) meninjau keadaan banjir di Kampung Contoh, Kahang, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seramai 57 orang  daripada 17 keluarga di Kampung Contoh, Kahang, dekat sini menjadi mangsa banjir pertama yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.

Semua penduduk dipindahkan kira-kira pukul 1 petang tadi selepas air mula memasuki kawasan kediaman mereka sedalam satu meter.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R. Vidyananthan berkata, jika hujan berterusan hingga lewat petang ini dijangka lebih ramai penduduk di kampung itu akan dipindahkan. 

Katanya, paras air menunjukkan kenaikan dan pasukan penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. 

“Semua mangsa kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

“Bekalan makanan juga sudah diselaras oleh pihak JKM,” katanya selepas meninjau operasi pemindahan mangsa hari ini. 

Vidyananthan turut berharap penduduk Kampung Contoh yang belum dipindahkan agar sentiasa bersedia sekiranya diminta berpindah oleh pasukan penyelamat. 

Katanya, turut membantu menguruskan mangsa adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Sukarelawan Rakyat Malaysia (Rela). 

“Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang akan sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Daerah Kluang serta semua agensi berkaitan untuk memastikan semua keperluan seperti kit banjir dan makanan mencukupi sepanjang mangsa berada di PPS ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya