43 tahun tidak bertemu, pesara guru, bekas pelajar kembali bersatu

43 tahun tidak bertemu, pesara guru, bekas pelajar kembali bersatu

MD. ZIN Abu Bakar (depan, berkerusi roda) bersama bekas pelajar SMK Felda Jengka Dua sesi 1976-1980 di Felda Jengka 22 di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Biarpun berkerusi roda dan bertongkat, seorang pesara guru sanggup menempuh perjalanan jauh dari Pokok Sena, Kedah bagi bertemu dan menziarahi bekas pelajarnya yang tinggal di Felda Jengka 22 di sini.

Setelah 43 tahun tidak bertemu, pesara guru itu, Md. Zin Abu Bakar, 69, hadir ke tanah rancangan terbabit bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan anak bekas pelajarnya, Azizan Abdul Rahman.

Pada majlis berkenaan, Md Zin turut bertemu bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Jengka Dua yang dia pernah bertugas di situ antara 1976 hingga 1980.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang bekas pelajar SMK Jengka Dua, Anuar Yusof Nasution, 61, berkata, dia terharu apabila diberitahu bekas gurunya datang memenuhi undangan majlis perkahwinan di Felda Jengka 22.

“Saya difahamkan, Cikgu Md. Zin datang ke sini bukan sahaja bagi memenuhi undangan majlis perkahwinan tersebut, tetapi ‘hajat besar’ dia datang ke Felda Wilayah Jengka untuk bertemu kami bekas pelajarnya yang dia pernah mengajar di SMK Jengka Dua selama lima tahun sebelum ini. Saya sungguh terharu kerana dapat berjumpa semula dengan Cikgu Md. Zin selepas 43 tahun tidak bertemu setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya di Felda Jengka 22 di sini semalam.

Sementara itu, Md. Zin memberitahu, dia dibawa oleh anaknya yang memandu kenderaan dari kediaman mereka di Pokok Sena ke Felda Jengka 22 untuk menerima undangan majlis perkahwinan bekas pelajarnya.

Menurutnya, SMK Felda Jengka Dua sememangnya tidak lupa dalam ingatannya kerana merupakan sekolah pertama mengajar selepas tamat latihan Sijil Perguruan daripada Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang.

Ujarnya, paling unik dalam perkhidmatannya, iaitu ‘nombor dua’ apabila mula bertugas sebagai guru di SMK Felda Jengka Dua, manakala berakhir dengan persaraan wajib usia 60 tahun sebagai Pengetua di SMK Pokok Sena Dua, Kedah pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya