33,697 unit rumah mampu milik diberi kelulusan merancang

33,697 unit rumah mampu milik diberi kelulusan merancang

J. ARUL Kumar (tengah) ketika membuat lawatan ke projek perumahan Taman Bakti YNS, Labu, Seremban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 33,697 unit rumah mampu milik diberi kelulusan merancang oleh kerajaan Negeri Sembilan sejak tahun 2018.

Pengerusi Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri. J. Arul Kumar berkata, ia termasuk sebanyak 10,379 unit rumah mampu milik Jenis A yang berharga RM80,000.

“Disamping itu, sebanyak 11,493 unit rumah mampu milik bagi Jenis B berharga RM250,000 ke bawah dan 11,825 unit rumah mampu milik bagi Jenis C berharga RM 400,000 ke bawah juga telah diluluskan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus memastikan semua kelulusan yang diberikan kepada pemaju perumahan tersebut dipatuhi dan dilaksanakan.

“Ini akan membantu lebih ramai keluarga memiliki rumah sendiri dengan harga yang mampu milik,” katanya lagi.

Katanya, pembinaan rumah mampu milik sebanyak 50 peratus daripada jumlah unit rumah yang dibina adalah satu daripada syarat utama dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS).

Sementara itu, katanya, sebanyak 1,049 unit rumah mampu milik telah dibina di atas tanah seluas 38 hektar menerusi projek perumahan Taman Bakti YNS, Labu, di sini.

Arul Kumar berkata, daripada jumlah itu sebanyak 734 unit rumah atau 70 peratus adalah rumah mampu milik yang terdiri daripada 296 unit rumah Jenis A berharga RM80,000, 221 unit rumah Jenis B berharga RM250,000 dan 217 unit rumah Jenis C berharga RM350,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya