31,600 bakal haji terima surat tawaran hari ini

31,600 bakal haji terima surat tawaran hari ini

SERAMAI 31,600 jemaah haji bagi tahun ini akan mula menerima surat tawaran haji bermula hari ini - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 31,600 jemaah haji bagi tahun ini akan mula menerima surat tawaran haji bermula hari ini melalui aplikasi THiJARI.

Mengikut pecahan, tawaran tersebut dijangka membabitkan seramai 40 peratus jemaah haji daripada kumpulan B40, 58 (M40) dan dua peratus jemaah (T20)

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Syed Hamadah Syed Othman berkata, bakal haji  perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut.

Katanya, jawapan boleh dilakukan dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau mengunjungi mana-mana cawangan Tabung Haji yang berdekatan.

“Pada 2023, seramai 500 jemaah telah menolak bantuan sama ada secara penuh atau sebahagiannya, mencerminkan penghayatan kefahaman konsep istito’ah. 

“Tabung Haji berharap lebih ramai bakal jemaah kali ini akan menghayati konsep istito’ah dan semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan mendapat haji yang mabrur.

“Berdasarkan kuota yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi, seramai 31,600 jemaah akan menerima surat tawaran haji berbanding dengan hampir empat juta pendeposit Tabung Haji yang telah mendaftar dan masih menunggu untuk giliran haji,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, bagi bakal haji yang membuat rayuan di luar giliran untuk menunaikan haji secara muasassah perlu membayar penuh kos haji.

“Kecuali rayuan sebagai mahram kepada jemaah, rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia atau pembantu kepada jemaah kurang upaya yang telah terpilih menunaikan haji,” katanya.

Sementara itu, Syed Hamadah berkata, bagi pemilihan bakal haji, Tabung Haji akan mengutamakan golongan yang berbaki pada 1444h/2023 dan mereka yang giliran pada 1445h/2024. 

“Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan dan rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Januari ini,” katanya. – UTUSAN

Ends//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya