26 mengadu rugi RM550,000 ditipu skim pelaburan palsu - Utusan Malaysia

26 mengadu rugi RM550,000 ditipu skim pelaburan palsu

MHO bersama pengadu mendakwa ditipu skim pelaburan palsu di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. - UITUSAN/KHAIRUL IDHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 orang mendakwa mereka rugi RM550,000 selepas melabur dengan sebuah  skim pelaburan yang menawarkan dividen tinggi dan pelbagai faedah lain.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)  (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, rata-rata pengadu  kaum Cina dan terpedaya dengan ejen pemasaran dilantik.

‘’Mereka tertarik dengan dividen lumayan dan  individu yang terpedaya telah mempromosi pelaburan sama kepada orang lain,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Seorang pengadu yang merupakan ejen, Pang Kong Fen, 49, berata,  dia sendiri kerugian RM100,000 selepas tertipu dengan ejen skim pelaburan tersebut.

Kong Fen berkata, pengarah syarikat itu didalangi pasangan warganegara China berusia 60-an yang mengoperasikan syarikat kitar semula sekitar di Lembah Klang.

Menurutnya, syarikat tersebut menjanjikan pulangan selama dua tahun bermula November 2021 sehingga November 2023.

Bagaimanapun, katanya,  bukan sahaja dividen tidak diterima malah dokumen  perjanjian mengenai pelaburan itu juga tidak dibuat.

“Semakan dengan beberapa individu yang mahir dengan skim pelaburan mendapati pelaburan yang diceburinya tidak wujud,” katanya yang mengakui sudah mempromosi kepada mangsa-mangsa lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya