26 mangsa masih di PPS akibat banjir termenung

26 mangsa masih di PPS akibat banjir termenung

KEADAAN Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan yang masih ditenggelami banjir termenung-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seramai 26 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Banggol Perol masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Deh di sini berikutan kawasan rumah mereka masih ditenggelami banjir termenung.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa itu terdiri daripada 16 dewasa dan 10 kanak-kanak.

“PPS ini mula diaktifkan pada 16 Disember lalu pukul 11 pagi,” katanya.

Menurutnya, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus menurun dan berada pada bacaan amaran.

Katanya, Sungai Kelantan di Kampung Tualang, Kuala Krai dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) berada pada tahap berjaga-jaga.

Lain-lain sungai utama sudah kembali ke paras normal.

Sementara itu, lima kampung iaitu To’ Deh, Banggol Perol, Lanchang, Terusan dan Tok Daah masih ditenggelami banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya