240,000 sudah daftar PADU

240,000 sudah daftar PADU

Pendaftaran PADU dijangka boleh diselesai lebih awal berbanding masa adiberi 31 Mac ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 233,782 pengguna telah berdaftar melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dengan bilangan yang berjaya selesai e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) seramai 118,115 orang.

Jumlah yang berjaya selesai pendaftaran melalui e-KYC merangkumi 71 peratus daripada keseluruhan pengguna berdaftar setakat pukul 10 pagi, semalam.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, terdapat lima isu berbangkit sepanjang pendaftaran tersebut dilakukan, iaitu nombor kad pengenalan digunakan untuk membatalkan dan menukar kata laluan, bug/vulnerability (pepijat/kelemahan) boleh melangkau e-KYC dan isi maklumat dan nombor telefon sama boleh digunakan untuk mendaftar berbilang akaun.

Selain itu, menurutnya, isu-isu lain adalah aduan individu sangkut ketika mengisi butiran isi rumah dan medan data kosong selepas memproses e-KYC.

“Bagi nombor kad pengenalan digunakan untuk membatalkan dan menukar kata laluan, kelemahan dalam pengendalian pengesahan ini tidak ditemui semasa Security Posture Assessment (SPA). Pasukan te­lah mengambil tindakan segera menyelesaikannya dalam tempoh satu jam.

“Bagi melicinkan proses pengemaskinian individu, maklumat pengemaskinian boleh dilaksanakan sejurus (daftar masuk) tanpa melalui proses e-KYC,” katanya dalam kenya­taan semalam.

Rafizi berkata, e-KYC hanya dilaksanakan setelah pengemaskinian maklumat dan in­dividu ingin membuat pe­ngesahan dan perakuan penghantaran profil.

Menurutnya, sebarang mak­lumat diisi tanpa e-KYC yang disahkan tidak akan diintegrasikan ke dalam PADU, sebaliknya hanya maklumat dikemukakan pengguna berjaya pengesahan e-KYC dikira sah.

“Nombor telefon yang sama boleh digunakan sebanyak lima kali bagi memudahkan pendaftaran individu yang merupakan ahli isi rumah (18 tahun ke atas) atau ibu bapa yang tidak memiliki telefon untuk membuat pendaftaran akaun PADU.

“Secara umumnya, PADU direkabentuk bagi memusatkan maklumat setiap individu bertaraf warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Bagi tujuan ini, setiap individu berumur 18 tahun dan ke atas perlu mempunyai akaun individu sendiri.

“Seterusnya bagi tujuan pembentukan isi rumah, individu yang berada di bawah satu isi rumah perlu dimasukkan bersama ahli lain termasuklah mereka yang berusia di bawah 18 tahun dan bukan warganegara.

“Ia bagi memastikan maklumat isi rumah terselaras, hanya ketua isi rumah yang dibenarkan membuat pengemaskinian. Perakuan bagi ahli isi rumah hanya boleh dibuat apabila ketua isi rumah telah selesai mengisi maklumat ma­sing-masing,” katanya.

Beliau memeritahu, e-KYC merupakan proses pengesahan identiti pengguna, jus­teru untuk memastikan setiap maklumat dikemaskini ia perlu disimpan pada setiap pemboleh­ubah.

“Setelah semua maklumat disimpan, pengguna perlu me­lakukan e-KYC bagi melaksanakan perakuan kepada maklumat yang telah dikemaskini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya