TEMERLOH: Seramai 20,270 calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 di Pahang akan menerima Exam Kid atau set alat tulis sebagai tanda kasih sayang dan ingatan mesra daripada Menteri Kerajaan Pahang.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak RM202,700 diperuntukan bagi menyantuni calon SPM di negeri yang diiringi mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.
Menurutnya, inisiatif Kerajaan Pahang yang digerakkan Majlis Tindakan Sosial Pahang yang diketuai Naib Pengerusi 1 Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), Mohd Kamil Ibrahim.
“Pemberian Exam Kit sebagai tanda ingatan dan kasih Kerajaan Pahang terhadap calon SPM 2023 yang diiringi doa mereka dapat mencapai kejayaan cemerlang,“ katanya kepada media selepas meyampaikan alat tulis kepada 70 calon SPM Sekolah Menengah Kevbangsaan ( SMK) Lanchang hari ini.
Tegasnya, kolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk agihan set alat tulis tersebut beserta kad ucapan daripada saya -Menteri Besar atau dikenali Tok Wan akan diagihkan bermula 24 sehingga 29 Januari ini.
Menurutnya, Pahang merupakan negeri pertama yang meraikan hampir semua calon SPM melalui Program Bekalan Alat Tulis Pelajar SPM anjuran MTSP dan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang.
“Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang dengan kerjasama MTSP dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang akan mengadakan Program Bekalan Alat Tulis Pelajar SPM sesi 2022-2023 sebagai satu tanggungjawab sosial,” katanya.
Beliau berharap Kad ucapan khas MB Pahang beserta kalendar 2024 itu dapat memberi semangat kepada calon yang akan mengambil menduduki peperiksaan bertulis SPM pada 30 Januari ini.
Sementara itu seorang pelajar Mohd Azim Mohd Zamri,17, berbangga dengan Menteri Besar yang cakna kepada keperluan calon SPM dalam menghadapi menjawab soalan peperiksaan sehabis baik demi masa depan.
Bagi Norfarisah Fazura Abdul Ghani,17, mengakui calon SPM juga mendapat sentuhan semangat daripada Menteri Besar apabila mereka akan menerima kad ucapan titipan semangat daripada Tok Wan sendiri.