CAMERON HIGHLANDS: Penduduk Orang Asli di Kampung Tekal di sini terus dihantui kawanan gajah liar yang kerap masuk ke penempatan penduduk untuk mencari makan. Terbaharu, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam hingga awal pagi semalam, kira-kira 20 ekor gajah liar menceroboh kampung itu sekali gus mengejutkan Orang Asli yang sedang tidur. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Kampung Orang Asli Tekal, Cik Ahmat, 50, berkata, penduduk bergegas bangun dan bertenang agar tidak menganggu gajah-gajah berkenaan. “Bunyi berselang seli batang, dahan serta daun pokok dipatahkan serta dipijak agak kuat menyebabkan penduduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya