16 PATI ditahan menerusi Op Ambang Tahun Baru 2024

16 PATI ditahan menerusi Op Ambang Tahun Baru 2024

PATI yang ditahan polis.menerusi Op Ambang Tahun Baru 2024 menerusi sekatan jalan raya (SJR) di Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 16 pendatang tanpa izin (PATI) di menerusi Op Ambang Tahun Baru 2024 menerusi sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan oleh Polis Kelantan di Gua Musang, dekat sini tengah malam tadi.

Kesemua PATI itu ditahan hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas lima buah bas semasa melalui SJR berkenaan.

Timbalan Ketua Polis negeri Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, daripada jumlah tersebut 15 yang ditahan itu merupakan lelaki dan seorang wanita.

“PATI yang kita ialah Bangladesh (6), Myanmar (6 termasuk seorang wanita) Pakistan (2), India (1) dan Pakistan (1).

“Pemeriksaan mendapati 11 daripada mereka memiliki pasport yang telah tamat tempoh. Lima lagi tidak mempunyai sebarang
dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohd. Ali memberitahu, kesemua PATI yang ditahan di bawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Ali berkata, sebanyak 453 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi tersebut.

Katanya, pada masa sama sebanyak 190 saman telah dikeluarkan ke atas pemilik kereta, motosikal (213), lori (28), MPV (20) dan pacuan empat roda (2)

“Selain itu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan 306 saman melibatkan
pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu (CDL) dan lesen vokasional (GDL) dan kesalahan cermin sisi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya