151 daripada 158 stesen pemancar komunikasi terjejas banjir kembali beroperasi - Utusan Malaysia

151 daripada 158 stesen pemancar komunikasi terjejas banjir kembali beroperasi

TEO Nie Ching (kiri) menyantuni orang ramai ketika melawat Klinik Kesihatan Kulai Besar, Kulai, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Sebanyak 151 stesen pemancar komunikasi daripada keseluruhan 158 stesen yang sebelum ini terjejas akibat bencana banjir sebelum ini telah kembali pulih dan beroperasi.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, stesen pemancar yang terjejas itu terletak di Terengganu sebanyak 66 stesen; Kelantan (59); Johor (21); Pahang (9); Selangor (2) dan Sabah (1).

Katanya, sebanyak 117 stesen diputuskan bekalan elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad, manakala 38 stesen melibatkan kerosakan peralatan elektronik dan tiga lagi terjejas akibat akses jalan ke stesen dinaiki air.

“Setakat ini, tujuh stesen pemancar komunikasi yang belum beroperasi adalah di Johor dengan majoritinya di daerah Kota Tinggi dan Kluang,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Projek Naik Taraf Bilik Susuan di Klinik Kesihatan Kulai Besar, di sini.

Nie Ching berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah stesen pemancar komunikasi yang telah terjejas akibat banjir di seluruh negara, setakat ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Kementerian Komunikasi telah menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dalam persediaan banjir dengan meminta syarikat telekomunikasi melakukan ‘site hardening’ di menara yang menjadi lokasi kerap banjir.

“Syarikat telekomunikasi juga diminta meletakkan generator di kawasan yang terjejas bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan telekomunikasi dalam kalangan penduduk tempatan.

“Bagaimanapun, kita faham penggunaan generator hanya untuk tempoh empat jam sahaja, jadi kalau ada kawasan terputus bekalan elektrik untuk tempoh yang lebih panjang generator tersebut akan ditukar.

“Langkah ini turut bergantung kepada keadaan semasa, termasuk sekiranya akses jalan ke sesuatu tempat itu tidak boleh dimasuki akibat banjir, jadi ia mungkin agak sulit,” ujarnya lanjut.

Terdahulu, Nie Ching yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulai telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM376,141 sejak 2018 hingga tahun lepas bagi sektor kesihatan di daerah Kulai.

Beliau berkata, antaranya peruntukan itu termasuklah sebanyak RM148,041 yang digunakan untuk menaik taraf parkir menggunakan tar di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim dan menaik taraf Klinik Kesihatan Kulai Besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya