13 bayi tahun baharu 2024 di Pahang - Utusan Malaysia

13 bayi tahun baharu 2024 di Pahang

SERAMAI 13 bayi tahun baharu 2024 dilahirkan di negeri ini bermula pukul 12 tengah malam tadi sehingga 9 pagi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 13 bayi tahun baharu 2024 dilahirkan di hospital seluruh negeri ini bermula pukul 12 tengah malam sehingga 9 pagi ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah tersebut, lima bayi perempuan dan lapan bayi lelaki.

Katanya, bayi pertama dilahirkan pukul 12.42 pagi di Hospital Raub.

“Bayi tersebut merupakan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram melalui kaedah bersalin secara normal,” katanya di sini hari ini.

Kata Nor Azimi, sembilan bayi dilahirkan secara normal dan empat melalui kaedah pembedahan.

“Daripada 13 bayi tahun baharu ini, lapan merupakan bayi berbangsa Melayu, dua warganegara asing, dan seorang anak Orang Asli. Kesemua bayi ini kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tambahnya, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu seramai lima bayi diikuti Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, empat kelahiran.

“Hospital Kuala Lipis merekodkan tiga kelahiran manakala Hospital Raub satu kelahiran sehingga pagi ini. Tahniah kepada ibu dan bapa yang menyambut kelahiran anak mereka pada hari tahun baharu ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya