12 kes jangkitan rabies di Kuching - Utusan Malaysia

12 kes jangkitan rabies di Kuching

ORANG ramai dinasihat berhati-hati mengendalikan haiwan peliharaan bagi mengelak digigit dan dijangkiti rabies.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 12 kes penyakit rabies di Kuching, Sarawak  stabil selepas mereka  diberikan suntikan vaksin dan  rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG) di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan,  11 pesakit   dirawat sebagai pesakit luar manakala satu kes  dimasukkan ke hospital.

“Pesakit yang dirawat  di hospital kerana luka dan selepas keadaan stabil mangsa telah dibenarkan keluar pada 11 Januari lalu,” kata kenyataan.

Semua 11 kes telah digigit oleh anjing liar yang sama. Anjing berkenaan telah ditangkap oleh  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 8 Januari lalu. 

Keputusan ujian makmal yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada 11 Januari lalu juga menunjukkan anjing liar itu positif rabies.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, kes ke-12 mangsa dilaporkan digigit anjing peliharaan di Lorong Tabuan Timur, Kuching. 

Mangsa mendapat rawatan di HUS pada 7 Januari lalu manakala anjing tersebut telah diserahkan secara sukarela kepada PBT dan ujian makmal DVS menunjukkan haiwan itu positif rabies.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bersama DVS, PBT dan agensi tempatan dengan kerjasama masyarakat setempat akan  mempergiatkan aktiviti kawalan di kawasan terbabit dengan melaksanakan kempen vaksinasi anjing bagi mengawal penularan jangkitan rabies.

Jangkitan rabies boleh dicegah jika rawatan awal diberikan dengan segera dan orang ramai diingatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena jangkitan rabies.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya