11 PPS masih aktif tempatkan 1,395 mangsa banjir Kelantan

11 PPS masih aktif tempatkan 1,395 mangsa banjir Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila 11 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif menempatkan 1,395 mangsa berbanding 3,593 orang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 ini tiga jajahan yang masih terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas dan Kuala Krai melibatkan 432 keluarga.

“Tumpat menjadi jajahan paling teruk terjejas ketika ini apabila 1,045 mangsa berlindung di lapan PPS, diikuti, Pasir Mas (334) dan Kuala Krai (16),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan paras bahaya walapun tren menurun.

Bagaimanapun, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada paras berjaga-jaga.

Lain-lain sungai di paras normal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya