11 lif usang Hospital Melaka selesai dinaik taraf

11 lif usang Hospital Melaka selesai dinaik taraf

HAMEED MYTHEEN Kunju Basheer (tengah) menunjukkan isyarat bagus ketika berada dalam lif baharu yang dinaik taraf di Hospital Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada lagi insiden pesakit terpaksa dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) dengan menaiki tangga disebabkan kerosakan lif utama Hospital Melaka di sini, seperti yang tular dalam media sosial tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sebanyak 11 buah lif baharu telah dinaik taraf dengan sistem moden bakal melancarkan operasi harian hospital itu.

Menurutnya, projek melibatkan kos RM7.2 juta yang dimulakan pada 23 September 2022 siap sepenuhnya 3 Januari lalu iaitu 30 hari lebih awal dari tarikh sebenarnya, iaitu pada 3 Februari ini.

“Ini adalah satu projek untuk kemudahan awam khusus kepada masyarakat dapat menggunakan lif baharu ini untuk menziarahi pesakit dan waris.

“Paling penting lif ini memudahkan pergerakan pesakit-pesakit dari satu wad ke satu wad lain atau dari wad kecemasan ke wad ICU khususnya di laluan utama.

“Saya harap dengan siapnya 11 lif baharu ini yang menjadi isu sekian lama berkaitan kerosakan lif, kini telah berjaya diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Kerja-kerja Menaik Taraf dan Penggantian Sistem Lif di Hospital Melaka, hari ini.

Pada Jun 2023, Utusan Malaysia melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan bahawa insiden membabitkan proses pemindahan pesakit menggunakan tangga seperti yang tular dalam media sosial berlaku di Hospital Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, ia berikutan berlaku kerosakan luar jangka lif di Blok F Hospital Melaka yang menyebabkan akses terhad ke beberapa wad.

Tambah Hameed Mytheen, beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertungkus-lumus menyiapkan lif berkenaan lebih awal, di samping menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM500,000.

Katanya, baki 10 buah lif daripada 21 yang terdapat di Hospital Melaka masih boleh digunakan dan akan diselenggara secara berkala.

“Sebanyak 11 lif yang dinaik taraf ini didapati rosak teruk hingga menjejaskan pergerakan pesakit hingga menjadi isu serta tular di media sosial tahun lalu.

“Lif yang telah dinaik taraf bagi menggantikan lapan unit lif di bangunan baharu, masing-masing satu unit di Blok B, Blok A dan Blok Pentadbiran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya