1,000 jemaah sertai program Semarak Suboh Johor - Utusan Malaysia

1,000 jemaah sertai program Semarak Suboh Johor

ADUN Kukup, Jefridin Atan ( empat dari kanan ) bersama sebahagian jemaah selepas menunaikan solat suboh di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Rimba Terjun, sempena Semarak Suboh Johor, di Pontian, Johor, hari ini. KOSMO/UTUSAN/ MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Program Semarak Suboh Johor ( SSJ ) bagi empat kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) di daerah ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran ramai jemaah menunaikan solat subuh pagi ini.

Empat buah masjid di daerah Pontian terpilih menjadi tuan rumah bagi pelancaran pagi ini dengan Masjid Jamek Hj. Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun bagi DUN Kukup dan Masjid Jamek Pekan Ayer Baloi bagi DUN Pulai Sebatang.

Manakala Masjid Jamek Kampung Ulu Pulai bagi DUN Pekan Nanas dan Masjid Jamek Pekan Parit Tengah bagi DUN Benut.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kukup, Datuk Jefridin Atan hadir Masjid Jamek Hj. Ahmad Shah, ADUN Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan di Masjid Jamek Pekan Ayer Baloi, ADUN Pekan Nanas, Tan Eng Meng hadir bersarapan pagi di Masjid Jamek Kampung Ulu Pulai, manakala Mejar ( B ) Mohd. Hanafi Yunos mewakili ADUN Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad di Masjid Jamek Pekan Parit Tengah.

Program SSJ merupakan inisiatif Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyasarkan pelaksanaannya di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.

“Program itu juga akan diziarahi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam) bersama-sama kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Johor, mengikut lokaliti dan zon masing-masing,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook rasminya baru-baru ini.

Sementara itu, ADUN Kukup, Jefridin Atan ketika ditemui di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Rimba Terjun disini, berkata, program cetusan idea Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diharap dapat menyemarakan suasana solat subuh di negeri ini.

Katanya, jawatankuasa Masjid dan Surau di kawasan DUN Kukup perlu menarik seberapa ramai penduduk untuk menyertai solat subuh di tempat masing-masing termasuk golongan muda.

“ Insyallah hari ini merupakan permulaan bagi program SSJ dan akan diteruskan di masjid dan surau-surau lain pada minggu hadapan dengan lebih ramai penyertaan dari kariah setempat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya