10 jam redah jalan balak untuk daftar Padu

10 jam redah jalan balak untuk daftar Padu

MASYARAKAT Orang Asli mengambil peluang mendaftar Padu sempena Program Jelajah eKasih di padang Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sekumpulan Orang Asli di Pos Belatim di sini sanggup menempuh perjalanan selama 10 jam dengan menunggang motosikal semata-mata mahu mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) sempena Program Jelajah eKasih hari ini.

Along Angah, 33, dari suku Temiar berkata, dia bertolak pada pukul 8 pagi semalam dan tiba di Kuala Betis sekitar jam 5 petang selepas berdepan dengan laluan rosak akibat hujan.

“Selepas mendapat tahu kaunter Padu dibuka, saya bersama beberapa lagi rakan membuat keputusan meredah perjalanan sejauh 80 kilometer untuk berbuat demikian.

“Kami bermalam di Kuala Betis dan kemudian menyambung perjalanan ke bandar Gua Musang pukul 8 pagi tadi. Disebabkan tidak mahu tercicir daripada menerima bantuan kerajaan, saya membuat keputusan untuk ke sini dan mengisi Padu,” katanya ketika ditemui di padang Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di sini hari ini. 

Sementera itu, Alias Anjang, 36, memberitahu, dia gembira dapat menyelesaikan proses pendaftaran Padu yang dipandu oleh petugas Jabatan Perangkaan Negeri. 

Katanya, amat berharap kaunter Padu dibuka di kawasan pedalaman Orang Asli bagi membolehkan lebih ramai penduduk berbuat demikian.

“Tidak semua penduduk mempunyai kenderaan untuk keluar ke sini. Keadaan jalan balak yang teruk akibat cuaca hujan sepanjang minggu ini juga menyukarkan penduduk lain terutamanya warga emas dan wanita untuk keluar ke bandar,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya