Wanita UMNO Pasir Salak, Ops Ihsan kerjasama hulur bantuan ke Gaza - Utusan Malaysia

Wanita UMNO Pasir Salak, Ops Ihsan kerjasama hulur bantuan ke Gaza

Bantuan Gaza
WANITA UMNO Pasir Salak mengambil inisiatif menyediakan bantuan keperluan untuk membantu penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel terhadap Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wanita UMNO Pasir Salak bersama Ops Ihsan mengambil inisiatif menyediakan barangan keperluan sebagai usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa serangan Israel terhadap rakyat Palestin dan Israel di Gaza.

Ketua Wanita Bahagian, Datin Sri Rahayu Tajuddin berkata, bantuan kali ini merupakan penghantaran kali ketiga di mana barang seberat hampir empat tan berjaya dibungkus oleh Wanita UMNO Pasir Salak untuk didermakan kepada mangsa Palestin.

“Untuk penghantaran pertama dan kedua telah selamat sampai ke Gaza di mana kedua-dua penghantaran tersebut sejumlah 40 tan. #freePalestine Wanita UMNO Pasir Salak ini merupakan idea daripada saya sendiri dan sumbangan ini pula daripada hasil kutipan orang ramai dan kita membantu proses pembungkusan sebagaimana diperlukan oleh pihak Ops Ihsan.

“Pasukan ini juga terdiri daripada 40 orang sukarelawan, telah bertugas dari 9 pagi hingga ke 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut Sri Rahayu lagi, antara barangan keperluan yang disalurkan kebanyakannya adalah berbentuk peralatan perubatan, pakaian, selimut dan juga makanan sesuai dengan cuaca hujung tahun yang semakin hampir dengan musim sejuk.

Katanya lagi, bantuan kali ketiga ini dijadualkan akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Al Arish, Mesir pada 18 Disember 2023 untuk diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Palestin dengan koordinasi daripada Bulan Sabit Merah Mesir.

Beliau dalam masa yang sama turut menggalakkan orang ramai untuk membuat kerja-kerja sukarelawan sebegini bagi merapatkan ukhwah, di samping menjadi satu peringatan serta pengajaran supaya sentiasa beringat dalam membantu dan memainkan peranan sebagai masyarakat yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.

“Semoga usaha kami hari ini menyumbang tenaga dan masa bersama-sama menyediakan barangan bantuan buat Palestin mendapat baraqah, dan barang-barang ini selamat sampai ke bumi Gaza dengan selamat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya