Video lama, harimau bukan di Felda Tenggaroh - Perhilitan - Utusan Malaysia

Video lama, harimau bukan di Felda Tenggaroh – Perhilitan

TANGKAP layar video lama menunjukkan seekor harimau di sebuah kebun kelapa sawit di Hulu Paka yang ditularkan semula dan didakwa di kawasan Felda Tenggaroh, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Orang ramai di daerah ini diminta tidak bimbang kerana video yang tular memaparkan kelibat seekor harimau di sebuah ladang kelapa sawit bukan berlaku di Felda Tenggaroh.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, video berkenaan adalah video lama yang dirakam pada tahun lalu.

“Video berkenaan adalah video lama di MPOB Hulu Paka pada Mac 2022. Namun pihak kita juga sedang siasat lebih lanjut untuk lebih pasti. 

“Oleh itu, kita minta orang ramai agar tidak menularkan video lama itu supaya tidak timbulkan keresahan dalam kalangan orang awam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Terdahulu, tular rakaman suara mengatakan dua ekor lembu mati dimakan harimau dalam kejadian di sebuah kebun di Felda Tenggaroh. 

Rakaman suara itu yang disusuli dengan video pak belang berkenaan turut meminta orang ramai yang hendak ke kebun supaya berhati-hati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya