UTeM jalin kerjasama strategik dengan industri gergasi China

UTeM jalin kerjasama strategik dengan industri gergasi China

MAJLIS Menandatangani LoI bersama Shandong Fenyuan Chemical Stock Co. Ltd. telah disempurnakan di Yuxi City, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus proaktif melebarkan jalinan kerjasama dan perkongsian kepakaran bersama pihak industri peringkat antarabangsa di China.

Terbaharu, UTeM menjalinkan kerjasama bersama dua industri gergasi China menerusi Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) dengan Yunnan Fenglongwan Limited Company dan Shandong Fenyuan Chemical Stock Co. Ltd., baru-baru ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, UTeM terus ke hadapan dalam konteks memperkasakan jalinan kerjasama dan perkongsian kepakaran di peringkat global.

Ujarnya, ia juga adalah sebahagian daripada usaha komprehensif melebarkan sayap kerjasama strategik global dengan China yang umumnya kian berkembang maju dalam bidang teknologi, seterusnya mencetuskan impak berangkai buat universiti dan TVET negara.

“Jalinan kerjasama strategik antara UTeM dan Yunnan Fenglongwan tertumpu kepada perkongsian kepakaran dalam mempromosikan industri pelancongan, aktiviti promosi produk kesihatan Fenglongwan Limited Company di Malaysia, di samping pertukaran staf dan pelajar antara kedua belah pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Majlis Menandatangani LoI telah diadakan di Kunming, Yunnan, China diwakili Massila dengan Pengerusi Yunnan Fenglongwan Limited Company, Ma Liyong.

Sementara itu, Majlis Menandatangani LoI bersama Shandong Fenyuan Chemical Stock Co. Ltd. pula berlangsung di Yuxi City, China diwakili Naib Presiden Eksekutif Institut Penyelidikannya, Zhilei Tang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya