USIM jadi pilihan graduan bukan Islam lanjut pengajian - Utusan Malaysia

USIM jadi pilihan graduan bukan Islam lanjut pengajian

LAU Chee Jin ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen USIM Ke-21 di Dewan Tuanku Canselor USIM di Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tetap menjadi pilihan ramai penuntut tanpa kira latar belakang agama bagi meneruskan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT).

Buktinya apabila dua penuntut bukan Islam iaitu Low Chee Jin 38, dan L. Geetha 31 turut berjaya menghabiskan pengajian dua tahun di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang masing-masing.

Ketika ditemui, kedua-dua graduan berkenaan mengakui pada peringkat awal kemasukannya di uiversiti itu, timbul kegusaran kerana pengajian di USIM lebih kepada berteraskan Islam.

Bagaimanapun, menurut mereka, semuanya berubah apabila kehadiran mereka diterima pensyarah dan rakan-rakan kuliah yang lain.

Chee Jin yang berasal dari Sungai Petani Kedah berkata, dia memilih USIM bagi meneruskan tawaran lanjutan pengajian atas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Sebab saya pilih USIM kerana terdapat program yang ditawarkan di sini dan selama dua tahun menuntut semuanya memberikan satu pengalaman yang baik meski pada peringkat awal saya kekok juga.

“Kesemua pensyarah dan rakan menerima kehadiran kami selain sangat membantu,” kata graduan Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke-21 USIM di Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai hari ini.

Geetha yang berasal dari Batu Pahat, Johor pula memberitahu, dia merupakan satu-satunya pelajar bukan beragama Islam sewaktu menuntut.

Graduan Ijazah Sarjana Sains Perubatan itu berkata, dia memilih melanjutkan pengajian di USIM kerana ia satu-satunya universiti yang menawarkan pengajian diminatinya iaitu menerusi projek penyakit kurang berjangkit berkaitan bakteria dalam usus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN