Tular rakaman harimau mengaum video lama - Perhilitan Kelantan

Tular rakaman harimau mengaum video lama-Perhilitan Kelantan

TANGKAP layar perkongsian video harimau mengaum di aplikasi TikTok sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mengesahkan video tular yang tular sejak semalam memaparkan bunyi ngamuan seekor harimau di Gua Musang merupakan video lama.

Pengarahnya, berkata, pengesahan itu hasil siasatan yang dijalankan oleh Perhilitan Kelantan sejurus menerima video berdurasi 20 saat itu.

“Kita dapati ia adalah video lama yang kembali ditularkan. Jadi saya harap orang ramai tidak lagi berbuat demikian kerana situasi itu boleh menimbulkan rasa panik dalam kalangan penduduk di kawasan terlibat.

“Jadi periksa dan semak dahulu sebelum membuat perkongsian tersebut,” Katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu tular satu klip video berdurasi 20 saat yang memaparkan seekor harimau sedang mengaum.

Video tersebut telah mengundangkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Utusan Malaysia 29 November lalu melaporkan, ancaman harimau di Gua Musang semakin serius apabila seorang lelaki warga Indonesia menjadi mangsa ketiga yang maut dibaham haiwan dalam tempoh tiga minggu selepas mayatnya ditemui dalam mengerikan di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol, di sini.

Mangsa yang dikenali sebagai Syabaini, 36, dijumpai dengan anggota tubuh badan yang tidak sempurna apabila kehilangan tangan kanan, cedera pada bahagian leher dan kedua-dua ibu jari kaki.

Sebelum itu, dua lelaki maut dibaham harimau dalam tempoh 48 jam membabitkan seorang lelaki warga Indonesia dan lelaki Myanmar.

Mangsa pertama merupakan warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemui maut pukul 10 pagi pada 10 November lalu di Kampung Meranto di Gua Musang.

Keesokan harinya, seorang lelaki warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut akibat diserang pak belang kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika menoreh getah di Ladang Meranto.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya