Tujuh syarikat serah zakat perniagaan kepada MAINS - Utusan Malaysia

Tujuh syarikat serah zakat perniagaan kepada MAINS

DR. ABDUL Aziz Sheikh Ab Kadir (lima dari kanan) bergambar bersama wakil syarikat pada Majlis Penyerahan Bayaran Zakat Perniagaan Syarikat-Syarikat Korporat 2023 di Menara MAINS, Seremban hari ini.-GAMBAR/IHSAN MAINS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak tujuh buah syarikat telah menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dengan jumlah keseluruhan RM1,041,696.28 hari ini.

Tujuh buat syarikat tersebut adalah Telekom Malaysia Bhd., Dermaga Sari Holdings Sdn. Bhd., Agro Bank, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), MBSB Bank Bhd., Omni Oil Technologies dan Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan Bhd. dengan jumlah RM44,122.66.

Lafaz akad telah disempurnakan Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir dengan disaksikan sama Setiausaha MAINS, Zainal Said pada majlis yang diadakan di Menara MAINS di sini hari ini.

Abdul Aziz dalam pada itu ketika berucap memberitahu, bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, MAINS telah berjaya mengagihkan dana zakat berjumlah RM125,680,105.43 kepada asnaf terdiri daripada fakir, miskin, mualaf, ibnu sabil, fisabilillah, amil dan gharimin. 

“Agihan lain meliputi bantuan hemodialisis kepada asnaf dan orang ramai, bantuan pendidikan kepada yang memerlukan, bantuan kewangan serta bantuan perubatan,” katanya lagi.

Pada majlis berkenaan juga, turut diadakan penyerahan Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2022 dan Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2015.

“MAINS merupakan agensi ke tiga yang mendapat standard terbaru Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/ IEC 27001:2022 di bawah Cyber Security Malaysia. 

“Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ini merangkumi proses pengurusan perkhidmatan kutipan dan agihan zakat harta melalui sistem e-Zakat.Net, sistem potongan gaji, sistem pengurusan maklumat bersepadu bagi sistem agihan zakat dan sistem e-Had Kifayah,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya