Tipu pelaburan, tiga pengarah syarikat ditahan - Utusan Malaysia

Tipu pelaburan, tiga pengarah syarikat ditahan

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga pengarah  sebuah syarikat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan  penipuan pelaburan dan membabitkan kerugian RM3.9 juta. 

Ketiga-tiga individu berusia 49 hingga 57 tahun  ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada Khamis lalu. 

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima 57 laporan dari seluruh negara berhubung kes berkenaan sejak 15 Mac 2021.

Menurut beliau, siasatan mendapati syarikat terbabit mula beroperasi pada 2017 dengan menjalankan perniagaan berkaitan pembangunan hartanah, pembangunan tanah pertanian, pembangunan aset dan pengurusan liabiliti.

“Promosi pelaburan dibuat melalui Facebook serta ejen syarikat yang dilantik. Dua pakej pelaburan ditawarkan iaitu GIB Sub-Let 2020 (tempoh matang dua tahun dan dua bulan serta GIB Sub-Let Flipping 2020.” tempoh matang setahun.

“Wang pelabur dikatakan dilaburkan dalam bidang hartanah dan pelabur dijanjikan keuntungan sebanyak RM540 setiap 45 hari (bagi pakej pertama) dan setiap 60 hari (bagi pakej kedua),” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini. 

Menurut Ramli, kebanyakan pelabur menerima dividen dalam satu atau dua bulan pertama namun selepas itu mereka mendakwa tidak lagi dibayar dividen syarikat terbabit.

“Kesemua mereka telah direman tiga hari sehingga semalam, kemudian disambung reman dua hari sehingga esok (Selasa) bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya