Tiada bilik VIP di penjara

Tiada bilik VIP di penjara

TIDAK ada bilik VIP di Penjara Sungai Buloh atau mana-mana penjara di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Penjara Malaysia menegaskan tiada bilik untuk penempatan banduan dalam kalangan orang kenamaan (VIP) di Penjara Su­ngai Buloh dan mana-mana penjara di seluruh negara.

Penegasan itu dibuat selepas seorang bekas banduan Penjara Sungai Buloh dikenali sebagai ‘Abang Mat’ mengulas mengenai keadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjalani hukuman di penjara berkenaan pada 2015.

Jabatan itu memaklumkan, pihaknya sudah meneliti wawancara dibuat individu terbabit yang disiarkan menerusi rakaman video berdurasi satu jam 20 minit dimuat naik di akaun Youtube ‘Cili Kasi Taruk’ pada 3 Disember lalu.

Menurut jabatan itu, Anwar telah ditempatkan di klinik Penjara Sungai Buloh atas syor pegawai perubatan kerana isu kesihatan.

“Semua banduan di klinik penjara disediakan katil demi kepentingan kesihatan mereka yang dinyatakan dalam Peraturan 234 Peraturan-Peraturan Penjara 2000,” kata kenyataan itu.

“Tiada sebarang tirai dipasang untuk melindungi bilik dasar bagi membolehkan kawalan dan pemerhatian oleh pegawai penjara dapat dilaksanakan tanpa halangan.

“Malah, terdapat juga kame­ra litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan terbabit sebagai bantuan kawalan,” jelas kenyataan itu.

Bagi sesi lawatan, kata kenya­taan itu, perjumpaan untuk Anwar adalah sama seperti layanan diterima banduan lain iaitu mengikut sistem peringkat dan bukannya pada setiap hari.

“Perjumpaan pula dilaksanakan di tempat lawatan dan bukannya di klinik penjara dan berasaskan Peraturan 91, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, banduan boleh dibenarkan perjumpaan khas bagi urusan mustahak dan perlu disegerakan.

“Kemudahan ini turut diberikan kepada banduan lain dalam urusan berkaitan termasuk kematian, perniagaan, pelajaran dan urusan keluarga lain yang mustahak dengan keluarga perlu memohon terlebih dahulu.

“Hampir semua perjumpaan Anwar bersama keluarga, iste­rinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ada bersama,” tegasnya.

Kata kenyatan itu, bilik pe­nempatan banduan di klinik penjara termasuk bilik Anwar juga tidak boleh diakses oleh mana-mana banduan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya