Teruja, banyak perancangan perlu dilakukan di kementerian baharu - Akmal - Utusan Malaysia

Teruja, banyak perancangan perlu dilakukan di kementerian baharu – Akmal

AKMAL NASRULLAH MOHD. NASIR ditemui selepas meninjau keadaan rumah pam di Kampung Mohd. Amin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir teruja untuk bekerjasama dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Menurutnya, tanggungjawab di kementerian yang baharu diwujudkan itu sangat mencabar dengan pelbagai perkara dan perancangan baharu yang perlu dilaksanakan.

Namun, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu bersedia memikul tanggungjawab tersebut dan akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri bagi membincang perancangan dan rencana seterusnya.

“Pertukaran portfolio ini  sebagai cabaran baharu yang perlu dipikul. Saya lihat pertukaran ini dapat meningkatkan lagi prestasi Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sudah pasti Timbalan Perdana Menteri juga mempunyai tanggungjawab yang besar. Saya pasti akan ada banyak fokus,  perkara dan perancangan menerusi kementerian baharu ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pertukaran portfolio beliau selepas melawat Rumah Pam Kampung Mohd. Amin, di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan beberapa pertukaran dan pengguguran jawatan menteri dan timbalan menteri, lantikan baharu serta kementerian baharu diperkenalkan.

Secara keseluruhan, jumlah Jemaah Menteri kini meningkat daripada 28 ke 31 orang, manakala jumlah timbalan menteri pula meningkat daripada 27 ke 29 orang.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah  berharap Datuk Aiman Athirah Sabu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu dapat meneruskan segala perancangan dan agenda yang dilaksanakan kementerian itu, khususnya Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST).

Katanya, sebanyak 50 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai dengan 4,986 unit perumahan berjaya dipulihkan pada Oktober lalu, iaitu tertinggi bagi tempoh 10 bulan

Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming atas tunjuk ajar dan kerjasama selama berada di bawah kementerian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya