Tergamak tipu gaji B40 untuk masukkan anak ke  MRSM  - Utusan Malaysia

Tergamak tipu gaji B40 untuk masukkan anak ke  MRSM 

Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menegur tindakan segelintir ibu bapa yang menipu jumlah pendapatan untuk dikategori dalam golongan berpendapatan rendah (B40) supaya anak mereka diterima melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). 

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sikap tersebut boleh memberi kesan kepada pelajar miskin lain kerana hak mereka untuk memasuki sekolah berkenaan telah ‘diambil’. 

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategori B40 supaya anak diterima MRSM. Kasihan kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin lain,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. 

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Asyraf berkata, kos seorang pelajar setahun untuk melanjutkan pengajian di MRSM RM18,000. 

Katanya, matlamat penubuhan MRSM adalah untuk membantu pelajar luar bandar dan miskin untuk mendapat pendidikan terbaik manakala Mara menanggung pembiayaan mereka sepenuhnya. 

“Polisi Mara ketika ini ialah 60 peratus pelajar MRSM adalah terdiri daripada keluarga B40, miskin dan dari luar bandar. 

“Apakah sudah tiba masanya untuk pelajar keluarga T20 yang mahu mendapatkan manfaat belajar dalam ekosistem MRSM membayar penuh kos ditanggung Mara?,” soalnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya