Terapkan prinsip kemanusiaan sejagat, elak konflik - Agong

Terapkan prinsip kemanusiaan sejagat, elak konflik bersenjata- Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Malaysia menolak segala bentuk keganasan dan konflik bersenjata yang berlaku  di beberapa  pelosok dunia ketika ini.

Seri Paduka bertitah, keganasan itu termasuk pengeboman terhadap orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, elektrik dan makanan kepada orang awam.

“Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, menjadi tanggungjawab kita untuk menolak bentuk keganasan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan antarabangsa.

“Barisan kepimpinan termasuk pemimpin dalam bidang keselamatan dan pertahanan hendaklah berpegang teguh kepada prinsip keamanan dan kemanusiaan sejagat,” titah Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda khuatir, jika negara  tidak menerapkan prinsip kemanan dan kemanusian sejagat, akan berlaku  pertikaian pada masa hadapan dan berakhir dengan konflik bersenjata yang mengetepikan segala bentuk rasional kemanusiaan.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya