Tanah runtuh: 4 kereta tertimbus, 29 penduduk pindah - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: 4 kereta tertimbus, 29 penduduk pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan  empat kenderaan tertimbus susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Puchong dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian Kira-kira pukul 7.30 malam itu, sebanyak 29 penghuni di sembilan kediaman diarah berpindah susulan kejadian tanah runtuh itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Laman Puteri 3, Bandar Puteri, Puchong.

Menurut beliau, sembilan rumah itu terletak hampir dengan kawasan tanah runtuh dan 29 penghuninya segera diarah berpindah sebagai langkah keselamatan kerana bimbang berlaku lagi pergerakan tanah.

Kata beliau, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira puku 7.30 malam tadi disebabkan hujan lebat yang tidak berhenti bermula sekitar pukul 5.45 petang.

“Bagaimanapun, pada pukul 7.30 malam tadi menyebabkan berlaku pergerakan tanah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, empat kenderaan yang tertimbus itu masing-masing sebuah Honda Jazz, Nissan Skyline, Honda City dan Naza Citra.

Kata beliau, setakat ini kesemua sembilan kediaman itu sudah pun dikosongkan

“Satu keluarga terdiri daripada lapan orang berpindah sementara ke PPS Dewan Serbaguna MBSj manakala yang lain menumpang di rumah saudara masing-masing.

“Kita turut membuka Pusat Kawalan tempat kejadian (PKTK) telah dibuka di Jalan Wawasan 3/9 dan pemantauan di lokasi kejadian akan terus dilakukan daripada semasa ke semasa,” jelasnya.

Katanya, selain pihak polis, beberapa agensi turut melakukan pemantauan dan kawalan di lokasi termasuk pasukan bomba, Jabatan Kejuruteraan MBSJ, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).- UTUSANhttp://utusan.com.my

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya