Tanah Runtuh: Bantuan RM1,000 kepada penduduk terjejas - Utusan Malaysia

Tanah Runtuh: Bantuan RM1,000 kepada penduduk terjejas

Keluarga terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Wawasan, Serdang akan menerima RM1,000 setiap keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Bantuan  RM1,000  akan disalurkan kepada setiap keluarga yang terjejas berikutan tanah runtuh di Jalan Wawasan, di sini, petang semalam.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, penduduk yang terlibat boleh datang ke pejabat Ahli Parlimen untuk mendapatkan bantuan tersebut bermula esok bermula 10 pagi.

Beliau dimaklumkan oleh pejabatnya berhubung bencana itu dan bergegas ke lokasi kejadian untuk berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terjejas.

“Saya telah pergi berjumpa dengan mangsa-mangsa. Mereka boleh datang ke pejabat Ahli Parlimen untuk  diberikan bantuan RM1,000 satu keluarga.

“Kerja-kerja pembaikan ini mungkin memakan masa dua minggu. Jadi kita sediakan sedikit peruntukan memadai untuk mereka pergi hotel dahulu,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Semalam, seramai 29 penghuni di sembilan buah rumah teres di Taman Wawasan Puchong, diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Terdahulu, tindakan menanam cerucuk besi dan kerja pembaikan cerun di lokasi tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Puchong di sini dijangka mengambil masa dua minggu untuk diselesaikan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, kerja pembaikan itu dilaksanakan oleh kontraktor dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Kata beliau, sebanyak 375 cerucuk besi akan dipasang di 150 meter persegi kawasan runtuhan.

Kerja-kerja berkenaan  dilaksanakan sejak pukul 4 pagi tadi dan diteruskan sehingga tiada lagi pergerakan tanah dikesan.

Selepas itu, kawasan yang terjejas akan ditutup sementara dengan kanvas bagi memastikan tiada air masuk ke dalam tanah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya