Tanah runtuh: 46 cerucuk ditanam, masih berlaku pergerakan tanah  - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: 46 cerucuk ditanam, masih berlaku pergerakan tanah 

Kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Puchong pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Sebanyak 46 cerucuk besi selesai ditanam di lokasi tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Puchong di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, proses menanam cerucuk besi dan kerja pembaikan cerun di lokasi tanah runtuh itu akan diteruskan pagi ini.

“Dilaporkan 46 cerucuk besi telah ditanam dan kerja-kerja (penanaman) akan disambung pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, pemantauan mendapati masih ada pergerakan tanah berlaku pada petang semalam.

“Kira-kira pukul 3.30 petang semalam, didapati ada pergerakan tanah di mana simen hadapan pintu pagar beberapa rumah mulai runtuh.

“Sebuah daripada empat kereta  sudah berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6 petang, semalam dengan menggunakan kren,” jelasnya.

Selain itu, kata beliau, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka kelmarin secara rasmi ditutup pada pukul 9 malam tadi.

“Ini kerana lapan penghuni daripada satu keluarga yang berpindah sementara di situ sudah pun meninggalkan PPS bekenaan,” katanya.

Semalam dilaporkan sebanyak 375 cerucuk besi akan ditanam di sekitar 150 meter persegi kawasan runtuhan itu.

Kerja pemasangan dilaksanakan oleh kontraktor dilantik dan proses itu dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam kelmarin disebabkan hujan lebat yang tidak berhenti bermula pukul 5.45 petang sehingga pukul 7.30 malam

Berikutan itu, Seramai 29 penghuni di sembilan rumah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, di Puchong dekat sini, diarah berpindah atas faktor keselamatan.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya