Tambah parkir, bas perantara, kurangkan kesesakan di JB - Noorazam - Utusan Malaysia

Tambah parkir, bas perantara, kurangkan kesesakan di JB – Noorazam

Mohd. Noorazam Osman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)  mencadangkan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya menambah kawasan parkir dan bas perantara bagi mengurangkan kemasukan kenderaan awam ke pusat bandar raya ini, khususnya selepas Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura beroperasi pada 2027.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, sekiranya usaha awal tidak dilakukan, kesesakan di pusat bandar raya dijangka semakin buruk.

“Kita sudah beri cadangan kepada kerajaan termasuk Kementerian Pengangkutan berhubung keperluan fasiliti ‘park and ride’, ini perlu diberi keutamaan kerana apabila RTS beroperasi, ia mampu membawa sehingga 10,000 pengembara setiap jam.

“Antara usaha lain termasuk penyediaan bas perantara di lokasi-lokasi bersesuaian berserta kekerapan yang tinggi. Ini bertujuan untuk mengurangkan kemasukan kenderaan awam ke pusat bandar kerana kita mahu galakkan orang guna RTS ke Singapura,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd. Noorazam berkata, antara punca kesesakan di bandar raya adalah kekurangan parkir  disebabkan majoriti rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura meletakkannya kenderaan mereka dalam tempoh lama.

“Pada waktu ini kita masih belum jelas dengan perancangan sama ada penggunaan sistem Transit Aliran Bas (BRT) atau sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menyokong RTS, tetapi kita harap ada usaha ke arah itu.

“Ketika ini boleh lihat pekerja Malaysia di Singapura meletakkan motosikal dan kereta di kawasan sekitar, selain menggunakan grab atau dihantar ahli keluarga, kita mahu kurangkan perkara itu,” katanya.

RTS yang dijangka siap pada Disember 2026 akan memendekkan masa perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura menjadi 15 minit sahaja berbanding ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya