Tak perlu tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor, konsep direalisasikan dalam dua PRK, - Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

Tak perlu tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor, konsep direalisasikan dalam dua PRK, – Pemuda UMNO

MOHD. NOOR FAIRUZ MAT DRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai menegaskan tiada keperluan  menubuhkan Kerajaan Perpaduan di negeri ini yang telah berjalan dengan baik dan menjaga semua pihak termasuk wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Mohd. Noor Fairuz Mat Drus berkata, konsep Kerajaan Perpaduan di Johor  telah pun direalisasikan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Simpang Jeram.

Katanya, UMNO Johor bersama Pemuda UMNO  telah membuktikan komitmen mereka dengan memastikan kemenangan  Suhaizan Kaiat yang mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) bagi Parlimen Pulai.

“Calon DUN Simpang Jeram, Ir. Nazri Abdul Rahman juga daripada Amanah memenangi dengan selesa kerusi tersebut hasil kerjasama dan sokongan daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda yang meminta Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di negeri Johor jika benar-benar mahukan kestabilan dan kekuatan sebuah kerajaan.

Menurut Fadhli Umar, tiada makna perpaduan sesebuah kerajaan sekiranya dipilih-pilih sedangkan kekuatan dan kestabilan perlu dibina di Johor.

Mengulas lanjut, Mohd. Noor Fairuz mengingatkan Fadhli Umar  supaya menjaga sensiviti dan saling hormat menghormati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa asas yang kukuh.

“Ada lebih baiknya jika bersuara untuk rakyat yang sedang bertungkus-lumus mendepani masalah ekonomi dan kos sara hidup. Itu yang lebih bermanfaat sebagai orang muda untuk bersuara,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi, manakala PH meraih 13 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR, Amanah dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi. Perikatan Nasional (PN) pula hanya memenangi tiga kerusi, iaitu Bersatu dua dan Pas satu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya