Sketsa Tok Belantara julang nama SMK Tanah Merah 1 dipentas kebangsaan

Sketsa Tok Belantara julang nama SMK Tanah Merah 1 dipentas kebangsaan

MUHD. Nor Aswadi Md. Nor (tengah) bergambar bersama ahli kumpulan Arjuna Sakti yang dinobatkan sebagai juara Sketsa Rukun Negara peringkat kebangsaan bagi kategori Kelab Malaysiaku dari SMK Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Sketsa Tok Belantara menjulang nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 disini selepas dinobatkan sebagai johan pada pertandingan Sketsa Rukun Negara peringkat kebangsaan bagi kategori Kelab Malaysiaku.

Kemenangan itu membolehkan sekolah tersebut membawa pulang wang tunai RM6,000, sijil beserta dengan plak.

Pengetuanya Mohd. Sauli Hassan berkata, beliau sama sekali tidak percaya SMK Tanah Merah 1 mampu merangkul kejuaraan tersebut.

Menurutnya, hal ini kerana saingan dari sekolah-sekolah yang bertanding cukup sengit apabila masing-masing mahu menjadi kumpulan terbaik.

“Alhamdulillah, tuah berpihak kepada kami apabila SMK Tanah Merah 1 diumumkan sebagai pemenang. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada kumpulan Arjuna Sakti yang menggerakan sketsa ini.

“Kumpulan ini mula berlatih sejak bulan September lalu sejurus terpilih untuk ke peringkat kebangsaan. Semangat kerjasama pasukan, guru-guru dan peserta menjadi kunci kejayaan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan hadiah kemenangan di sini hari ini yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd. Nor Aswadi Md. Nor.

Sementara itu, Muhd. Nor Aswadi memberitahu, pertandingan sketsa peringkat kebangsaan ini diadakan secara ‘facebook live’ menggunakan platform JaPen di negeri masing-masing yang terlibat.

Katanya, sebanyak sekolah disenarai pendek untuk mewakili negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan.

“SMK Tanah Merah 1 mewakili negeri Kelantan dan akhirnya mereka muncul juara peringkat kebangsaan. Ini pertandingan julung kali yang diadakan oleh Japen,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN