Siswazah USIM korban serangan Israel terima doktor falsafah, sarjana secara anumerta - Utusan Malaysia

Siswazah USIM korban serangan Israel terima doktor falsafah, sarjana secara anumerta

TUANKU Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud menyampaikan ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana secara anumerta kepada Walid Abu Ali sebagai wakil kepada Allahyarham Mohammed J.H Alzaanin dan Allahyarhamah Kholoud M.H Elzaneen yang terkorban dalam serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin baru-baru ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasangan suami isteri yang juga siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai yang terkorban akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin baru-baru ini, dikurniakan ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana secara anumerta.

Pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia secara anumerta disampaikan kepada Allahyarham Mohammed J.H Alzaanin dan Ijazah Sarjana Sains secara anumerta kepada isterinya, Allahyarhamah Kholoud M.H Elzaneen.

Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenaan menyempurnakan pengurniaan tersebut kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali selaku wakil penerima pada pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-21 USIM di Dewan Tuanku Canselor USIM di Nilai di sini hari ini.

Walid ketika ditemui menyatakan terima kasih dan percaya pengurniaan tersebut juga sebagai tanda solidariti berterusan USIM ke atas rakyat Palestin.

“Amat menyedihkan apabila pasangan suami isteri yang tidak berdosa dan tidak bersalah menjadi mangsa korban serangan tentera Israel. Memang sesuatu yang pahit untuk ditelan dan saya akan cuba menghubungi anak mangsa yang terselamat untuk berkongsi kegembiraan yang diperoleh oleh ibu bapanya,” katanya.

USIM dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, serangan bom berlaku di perkampungan didiami pasangan suami isteri itu di Bait Hanon di utara Gaza kira-kira pukul 8 pagi, 8 Oktober lalu.

Empat daripada lima anak pasangan siswazah berkenaan iaitu Hasan, 13, Obaida 9, Khalid, 7, dan Amro, 4, juga maut dalam serangan berkenaan selain 20 ahli keluarga sanak-saudara mereka.

Hanya anak sulung pasangan berkenaan iaitu, Jameel, 15, terselamat dalam serangan kejam rejim Zionis yang menyasarkan orang awam itu.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa, Mohammed J H Alzaanin baru saja selesai menjalani sesi viva di USIM pada 5 Julai lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian sama pada 23 Oktober lalu.

Anumerta membawa maksud gelaran yang diberikan sesudah seseorang meninggal dunia.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya