Sidang DUN: Johor dijangka terus dilanda banjir selagi projek RTB tak dilaksana - MB - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Johor dijangka terus dilanda banjir selagi projek RTB tak dilaksana – MB

ONN HAFIZ GHAZI menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Pasir Gudang, Johor Bahru, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor dijangka akan terus dilanda banjir selagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) tidak dilaksanakan, khususnya di beberapa daerah yang mempunyai keperluan mendesak.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan projek RTB telah dirancang di Batu Pahat, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi dengan kos berjumlah RM1.6 bilion.

“Saya terkilan apabila dilaporkan kerja fizikal projek-projek RTB di daerah Batu Pahat, Kota Tinggi, Segamat dan Kluang yang bernilai RM1.6 bilion belum lagi bermula dan dijadualkan hanya akan siap pada 2030. 

“Projek RTB ini meliputi komponen menaik taraf sungai, pembinaan lencongan sungai, melebar dan mendalam sungai, memperkukuh tebing, tembok banjir, pembinaan kolam takungan banjir serta pintu kawalan pasang surut.

“Namun, kerajaan negeri tidak pernah berpeluk tubuh  sebaliknya sesi libat urus terus dilaksanakan dan garis masa projek-projek RTB ini akan dipendekkan dan disiapkan tiga tahun lebih awal daripada perancangan asal,” katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan Johor 2024 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz turut memberitahu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah berasa malu apabila berdepan mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

“Titah baginda, ‘setiap tahun saya pergi melawat mangsa banjir, saya terpaksa cakap benda yang sama, bersabar. Sampai bila saya nak suruh orang sabar, kita pun naik malu nak cakap,” katanya.

Kerajaan negeri turut menyediakan enam pam mudah alih yang akan ditambah di kawasan-kawasan terjejas banjir dengan peruntukan RM1.3 juta sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek.

“Penambahan enam pam mudah alih itu akan menjadikan keseluruhan pam dimiliki bagi berdepan bencana banjir di negeri ini sebanyak 48 unit. Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga bersetuju menyalurkan Bantuan Ihsan Khas berjumlah RM9.3 juta. 

“Sebanyak 6,512 keluarga akan menerima bantuan sebanyak RM1,000; 1,261 keluarga menerima RM2,000 dan 98 keluarga menerima RM3,000 yang akan disalurkan hujung bulan ini. Selagi projek RTB tidak selesai, bantuan ini perlu diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya