Sidang DUN: Johor beri rebat 30% di lima PBT - Utusan Malaysia

Sidang DUN: Johor beri rebat 30% di lima PBT

ONN HAFIZ GHAZI menggulung perbahasan Belanjawan Johor 2024 pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian rebat sebanyak 30 peratus bagi penyelarasan cukai baharu yang dilaksanakan di lima pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemberian rebat itu diharap dapat meringankan beban pembayar cukai di kawasan terlibat, iaitu Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Pengerang dan Majlis Perbandaran Kluang.

“Berkenaan keresahan rakyat berkaitan kadar cukai harta baharu lima PBT itu, saya telah nyatakan komitmen untuk meneliti dan mengkaji perkara ini bersama-sama pihak terlibat.

“Sebagai kerajaan yang mendengar keluhan rakyat dengan ketidaktentuan ekonomi, saya maklumkan pada tahun 2024, lima PBT tersebut akan beri rebat atau potongan sebanyak 30 peratus daripada nilai penyelarasan cukai baharu,” katanya semasa sesi penggulungan Belanjawan Johor 2024 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz turut memberitahu, daripada keseluruhan 807,441 pegangan di lima PBT tersebut, sejumlah 326,720 pegangan atau 40.46 peratus tidak terlibat dalam kenaikan itu.

“Penyelarasan cukai ini akan beri pertambahan hasil kepada PBT, maka perkhidmatan terhadap rakyat juga perlu dipertingkat demi keselesaan dan kemaslahatan penduduk di kawasan tersebut,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor pula memberitahu, daripada jumlah keseluruhan pegangan terlibat, kira-kira 19,000 pegangan atau 2.4 peratus membuat bantahan.

“Pemberian rebat ini juga menyaksikan kutipan hasil cukai berkurangan sebanyak RM66 juta dan jika tiada pemberian rebat, kutipan dianggarkan berjumlah RM162 juta.

“Pada waktu ini, pemberian rebat itu adalah bagi tahun 2024, walau bagaimanapun, kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan untuk dilaksana tahun seterusnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya